PENGGUNAAN BAJA ORGANIK DALAM SEKTOR PERTANIAN DI
DAERAH JASIN.
ABSTRAK
Kajian ini merupakan
kaji selidik yang bertajuk Penggunaan Baja Organik dalam sektor pertanian di
Daerah Jasin dan berkaitan dengan ekologi persekitaran manusia. Kajian ini
telah dijalankan di Daerah Jasin dan mengemukakan dua objektif kajian. Objektif
pertama untuk mengkaji kebaikan dari segi pengawalan alam sekitar berbanding
dengan penggunaan baja kimia. Objektif kedua pula untuk mendapatkan maklumat
keberkesanan penggunaan baja organik bagi kesuburan hasil pertanian. Responden
bagi kajian ini adalah seramai 30 orang responden yang dipilih secara rawak.
Melalui kaedah yang digunakan seperti pemerhatian dan borang soal selidik, data
yang dikumpulkan menunjukkan hasil yang sama. Berdasarkan analisis, terdapat
95% orang bersetuju terhadap penggunaan baja organik dalam sektor pertanian,
manakala 5% orang menyatakan tidak bersetuju . Pada akhir kajian ini didapati
sektor pertanian di Daerah Jasin dapat membuktikan bahawa penggunaan baja
organik tidak membawa kesan keburukan kepada alam sekitar kerana pengetahuan
pengguna yang lengkap berkaitan dengan baja organik.Kesimpulannya, baja organik
adalah yang terbaik untuk masa kini kerana tidak memudaratkan ekologi kehidupn
berbanding dengan kimia. Hasil pertanian yang terdiri adalah semula jadi.
PENGHARGAAN
Alhamdulilah, syukur ke
hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, maka dapatlah saya menyempurnakan
kajian ini. Selawat dan salam junjugan, Nabi Muhammad SAW. Pada kesempatan yang
penuh bermakna ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pihak sekolah, Tuan pengetua, Encik Ahmad Kamal Bin Mohd Don dan
Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Jais Bin Darso kerana memberikan kerjasama
dan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini dengan baik. Terima kasih tidak
terhingga juga diucapkan kepada guru Pengajian Am saya, Encik Sabarudin Bin
Ismail yang tidak pernah merasa jemu dalam
membantu dan memberikan nasihat serta memberi tunjuk ajar kepada
saya.Bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh kajian kerja projek
Tingkatan Enam ini tidak akan saya lupakan. Tidak lupa juga kepada kedua-dua
ibu bapa saya , Encik Mohd Nasir Bin Abdul Kadir dan Puan Hazlina Binti Abdul
Razak serta keluarga. Terima kasih atas semangat yang diberikan. Begitu juga
kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu, sentiasa berada disisi, dan
selalu memahami kesusahan saya. Antaranya Nur Hafizah Binti Mohd Ismail, Mohd
Shahrizan Bin Zulkepli dan Abdul Hadi Bin Ramli. Penghargaan sekalung budi juga
keapada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu menjayakan projek kajian ini. Terima kasih kerana sudi membantu. Jasa
anda semua amat dihargai.
PENGENALAN
Baja Organik
didefinisikan sebagai baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang
mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien yang penting diperlukan
oleh tumbuh-tumbuhan. Contohnya, baja asli termasuklah pupuk kandang, sluri,
kompos cacing, gambut, rumpai laut, dan sebagainya. Terdapat juga baja organik
yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk tulang, dan pati rumpai
laut. Selain itu, enzim protein cema dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja
organik.
Menurut Kamus Dewan
(DBP,2008-2014,EDISI KE-4) Penggunaan Baja Organik ditakrifkan sebagai kaedah
pertanian organik yang menekankan konsep keseimbangan perhubungan antara tanah,
tanaman, haiwan dalam satu sistem ekologi yang tertutup dan mampu membekalkan
nutrien sendiri tanpa input dari luar. Kaedah ini melibatkan penggunaan najis
haiwan sebagai baja asli dan sisa tanaman sebagai kompos, tanpa penggunaan baja
dan racun kimia. Selain itu, rumusan herba dan mineral ditambah pada kompos
atau disembur bagi memenuhi keperluan nutrien oleh tanaman. Perladangan
bionamik menganjurkan tanaman bersepadu dengan penternakan, tanaman campuran,
tanaman penutup bumi, baja hijau atau kitaran semula nutrien. Kaedah ini
diperkenalkan oleh Dr.Rudolph Steiner pada tahun 1920.
Kebaikan baja organik
Perbelanjaan membaja tanaman sayur berkurangan lebih dari
50%. Rasa sayur yang dihasilkan juga lebih rangup dan manis terutamanya
lobak merah dan kobis bunga. Penggunaan baja organik dapat mengurangkan
serangan musuh perosak. Satu lagi kebaikan penggunaan baja organik ini
ialah mengelakkan berlakunya pembaziran dan tidak mengamalkan pembakaran
terbuka yang lazimnya diamalkan oleh kebanyakan petani. Penggunaan baja
organik juga membantu memulihan struktur tanah yang diusahakan secara
intensif. Struktur tanah akan menjadi gembur dan banyak mengandungi bahan
organan. (Dipetik
dari majalah Wawasan Pertanian Bil. 16/2002).
Berdasarkan
penyelidikan yang dibuat, pertanian organik telah membawa pelbagai kebaikan
kepada manusia dan juga alam sekitar. Pertanian organik yang tidak melibatkan
penggunaan racun makhluk perosak dan baja kimia itu telah menghasilkan
pengeluaran tanaman makanan manusia seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang
sihat dan selamat kerana sumber ini bebas daripada masalah bahan kimia.
Hasil-hasil pertanian juga berkualiti kerana tumbuh-tumbuhan menjadi lebih
hijau, berzat, memiliki daya tahan terhadap penyakit dan bersih.
Pertanian organik juga
dapat memuliharakan air dan alam sekitar daripada pencemaran kerana system ini
tidak menggunakan bahan kimia sebagai bahan nutrien. Dalam pertanian
organik,bahan organik dan nutrien akan hilang melalui tuaian tanaman. Bahan
organik dan nutrien ini telah digantikan melalui proses-proses kitaran semula
dan melalui pengikatan nitrogen secara biological.
Rasional isu ini dikaji
menjadi pilihan saya adalah kerana saya ingin mengkaji kebaikan dari segi
pengawalan pencemaran alam sekitar berbanding dengan penggunaan baja kimia dan
mendapatkan maklumat keberkesanan penggunaan baja organik bagi kesuburan hasil
pertanian di Daerah Jasin. Setelah dikaji kebaikannnya, mengikuti kajian soala
selidik saya dan telah mendapati bahawa penggunaan baja organik mempunyai kebaikan
yang lebih berbanding daripada keburukan. Keberkesanan penggunaan baja organik
bagi kesuburan pertanian di Daerah Jasin setelah saya kaji, pertanian yang
dijalankan subur dan membuahkan hasil yang baik serta mengunntungkan.
OBJEKTIF
KAJIAN
Objektif Kajian adalah
seperti berikut:-
1.Mengkaji kebaikan
dari segi pengawalan pencemaran alam sekitar berbanding penggunaan baja kimia.
2.Mendapatkan maklumat
keberkesanan penggunaan baja organik bagi kesuburan hasil pertanian.
LOKASI
KAJIAN
Peta
Negeri Melaka
Peta Daerah Jasin
METODOLOGI
KAJIAN
Bahagian ini
membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, cara data dikumpulkan dan cara
data dianalisis.
Reka
Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan.
Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set
soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada satu populasi yang
hendak dikaji. (Sabhita Marican,2009). Kajian bertujuan untuk melihat kaitan
ekologi dan penggunaan baja organik dalam sektor pertanian di daerah
Jasin,Melaka.
Sampel
Kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini
dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan seramai 30 orang responden yang
dipilih. Bilangan sampel adalah bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang
memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji.
(R.Kuberan et al,2013). Ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan
responden ialah mereka yang terdiri daripada penduduk dan dewasa. Responden
ditetapkan daripada kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas,kerana pada
usia tersebut mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa meminta pendapat
sesiapa. Malahan, mereka juga dapat memberikan kerjasama yang baik semasa
kajian dijalankan.
Instrumen
Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen
borang soal selidik, dan pemerhatian di lapangan.
a)Soal Selidik
Instrumen soal selidik yang dibina
menggunakan prinsip KISS( Keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan
yang ringkas dan mudah difahami. (R.Kuberan et al,2013). Borang soal selidik
ini mengandungi dua bahagian dengan setiap bahagian mengandungi 10 soalan iaitu
mengkaji kebaikan dari segi pengawalan pencemaran alam sekitar berbanding
penggunaan baja kimia dan mendapatkan maklumat keberkesanan penggunaan baja
organik bagi kesuburan hasil pertanian. Soalan adalah berkaitan dengan ekologi
dan penggunaan baja organik dalam sektor pertanian di daerah Jasin,Melaka..
b)Pemerhatian
Kaedah pemerhatian berstruktur juga
digunakan untuk melihat keadaan kawasan kajian iaitu sektor pertanian di daerah
Jasin,Melaka . Kaedah ini digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat
adalah lebih tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang teleh
ditetapkan . Sebagai bukti, pengkaji juga telah mengambil gambar kawasan
kajian.
Cara
Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk
kajian ini dikumpulkan menggunakan pelbagai cara seperti dokimentasi , soal
selidik dan temu bual.
a)Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan pengkaji
membuat kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti
buku,jurnal,majalah,tesis,akhbar dan sumber daripafda internet bagi mendapatkan
maklumat berkenaan kaitan ekologi dan penggunaan baja organik . Peta dan gambar
rajah juga diperoleh dari laman web http://maps.google.com
b)Kepustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah
kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan
daripada:
i)
Perpustakaan awam Jasin, Melaka
c)Pemerhatian
Kaedah pemerhatian juga dilakukan
untuk membolehkan pengkaji melihat keadaan-keadaan kawasan kajian . Pemerhatian
memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Hal ini bagi
membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden terhadap kajian yang sedang dijalankan.
d)Soal selidik
Kaedah soal selidik adalah cara yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan baja organik dalam
sector pertanian di daerah Jasin,Melaka.Penggunaan borang soal selidik perlu
melalui beberapa strategi mereka bentuk soal selidik yang bersesuaian supaya
tidak berlkau bias. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa yang mudah difahami
oleh semua golongan responden tidak mengira usia.Borang soal selidik diberikan
kepada mereka yang sudi bekerjasama.
KAEDAH
KAJIAN
Reka
Bentuk Kajian
Berbentuk tinjauan menggunakan soal
selidik dan pemerhatian. Data yang di perolehi untuk mencari maklumat
keberkesanan penggunaan Baja Organik bagi kesuburan hasil pertanian. Kajian
menggunakan kuantitatif yang menggunakan statistik peratusan untuk menganalisa
dapatan di atas. Kaedah persampelan
digunakan dengan mengambil responden seramai 30 orang.
Prosedur
Kajian
Mendapatkan izin daripada pelbagai pihak
untuk menjalankan kajian. Soal selidik dibuat dan di semak oleh guru bagi
memastikan soal selidik ini relevan dengan kajian.
Sampel
Kajian
Terdiri daripada 30 penduduk di Daerah Jasin.
Dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelbagai etnik dan jantina.
Responden mewakili berbagai populasi, umur, dan latar belakang keluarga.
Instrumen
Kajian
Menggunakan borang soal selidik yang
mengandungi 20 soalan untuk mendapatkan data tentang penggunaan baja organik
dalam sektor pertanian di Daerah Jasin.
Kaedah
Analisa Kajian
Kaedah pentafsiran dapatan dibuat secara iaitu
peratusan sebagai perbandingan.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Analisa Bahagian A
i.Umur
Jadual 1 dan carta pai
menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara random berdasarkan umur.
Hasil mendapati bahawa, responden 25-35 tahun seramai 6 responden iaitu
20.0% dan diikuti 8 responden yang
berumur 36-45 tahun iaitu 26.7%. Manakala, umur 46-55 tahun merupakan majoriti
dalam kajian ini dengan bilangan seramai 10 responden iaitu 33.33%. Dalam pada
itu, terdapat bilanagan responden yang sama frekuensi iaitu 6 responden yang
berumur 56-65 tahun.
Jadual 1:Menunjukkan Bilangan Responden yang
Dipilih Secara Random Berdasarkan Umur
Umur
|
Frekuensi (f)
|
Peratusan ( % )
|
25-35 tahun
|
6
|
20.0%
|
36-45 tahun
|
8
|
26.7%
|
46-55 tahun
|
10
|
33.33%
|
56-65 tahun
|
6
|
20.0%
|
Jumlah
|
30
|
100%
|
Rajah1:Menunjukkan Bilangan Responden yang
Dipilih Secara Random Berdasarkan Umur
ii. Jantina
Jadual 2 menunjukkan
bilangan responden berdasarkan jantina lelaki dan perempuan. Dalam kajian
majoriti responden lelaki lebih ramai berbanding responden perempuan. Responden
lelaki seramai 21 orang iaitu 70 %, manakala responden perempuan pula, seramai
9 orang sahaja iaitu 30%.
Jadual 2: Menunjukkan
Bilangan responden Berdasarkan Jantina
Jantina
|
Frekuensi (f)
|
Peratusan (
% )
|
Lelaki
|
21
|
70%
|
Perempuan
|
9
|
30%
|
Jumlah
|
30
|
100%
|
Rajah 2: Menunjukkan
Bilangan Responden Berdasarkan Jantina
iii.Bangsa
Jadual 3 menunjukkan bilangan
responden berdasarkan bangsa atau etnik. Hasil kajian mendapati majoriti
responden adalah dikalangan bangsa melayu seramai 11 orang iaitu 36.7 % dan
diikuti dengan responden yang berbangsa cina seramai 8 orang iaitu 26.7%.
Manakala responden yang berbangsa india pula seramai 9 orang iaitu 30.0% dan
terakhir responden yang berbangsa selain daripada bangsa melayu,cina, dan India
ialah seramai 2 orang iaitu 6.7%.
Jadual 3: Menunjukkan
Bilangan Responden Berdasarkan Bangsa
Bangsa/ Etnik
|
Frekuensi (f)
|
Peratusan ( % )
|
Melayu
|
11
|
36.7
%
|
Cina
|
8
|
26.7%
|
India
|
9
|
30.0%
|
Lain-lain
|
2
|
6.7%
|
Jumlah
|
30
|
100%
|
Rajah 3:Menunjukkan
Bilangan Responden Berdasarkan Bangsa
iv.Status
Jadual 4 menunjukkan
bilangan responden berdasarkan status. Dalam kajian ini, majoriti responden
yang berstatuskan berkahwin lebih ramai berbanding responden yang berstatuskan
bujang. Responden yang berstatuskan berkahwin seramai 21 orang iaitu 70 %.
Manakala responden yang berstatuskan bujang
pula seramai 9 orang sahaja iaitu 30 %.
Jadual 4: Menunjukkan
Bilangan Responden Berdasarkan Status
Status
|
Frekuensi (f)
|
Peratusan
( % )
|
Berkahwin
|
21
|
70%
|
Bujang
|
9
|
30%
|
Jumlah
|
30
|
100%
|
Rajah 4: Menunjukkan
Bilangan Responden Berdasarkan Status
Analisa Bahagian B
Jadual 1: Menunjukkan
Bilangan Responden terhadap Kebaikan Penggunaan Baja Organik dari Segi
Pengawalan Pencemaran Alam Sekitar Berbanding Penggunaan Baja Kimia
Pernyataan
|
Bilangan Responden
|
|||||
Ya
|
Peratusan (%)
|
Tidak
|
Peratusan (%)
|
Jumlah
|
||
Baja organik
dapat meningkatkan kandungan dalam tanah
|
30
|
100%
|
-
|
-
|
30
|
|
Baja organik dapat mengurangkan kadar kemasaman dan
keasidan tanah
|
28
|
93.3%
|
2
|
6.67%
|
30
|
|
Baja organik
mengandungi
kandungan humid asid,amino asid, dan
unsur mikro
yang tinggi
|
2
|
6.67%
|
28
|
93.3%
|
30
|
|
Baja Organik
merupakan
bahan bebas daripada
bacteria,lumut
dan berkulat
merupakan satu kebaikan
|
25
|
83.33%
|
5
|
16.67%
|
30
|
|
Baja organik
boleh dicampurkan dengan bahan pemusnah tumbuhan
untuk mengekalkan
nutrient tumnbuhan
|
-
|
-
|
30
|
100%
|
30
|
|
Jadual di atas
menunjukkan analisa dapatan kajian
kebaikan dari segi pengawalan pencemaran alam sekitar berbanding penggunaan
baja kimia dengan menggunakan seramai 30 orang responden yang dipilih secara
random untuk menjawab soalan yang dikemukan kepada mereka.
Dalam kajian yang
dijalankan, Kesemua responden memberikan jawapan yang sama. Mereka bersetuju
dengan pernyataan “ Baja organik yang dapat meningkatkan kandungan dalam
tanah” dan tiada responden yang tidak
bersetuju pada pernyataan tersebut.Peratusan yang diberikan adalah sebanyak 100%.
Bagi pernyataan “Baja
organik yang dapat mengurangkan kadar kemasaman dan keasidan tanah”,seramai 28
orang daripada 30 orang responden yang dipilih dengan peratusan sebanyak 93.3%
adalah bersetuju dengan pernyataan tersebut,manakala bilangan responden yang
tidak bersetuju pula seramai 2 orang daripada 30 orang responden yang dipilih
iaitu sebanyak 6.67 %.
Selain itu, seramai 2
orang daripada 30 orang responden bersetuju bahawa baja organik mengandungi
kandungan humid asid, amino asid, dan unsur mikro yang tinggi sebanyak
6.67%.Manakala seramai 28 orang daripada 30 orang responden tidak bersetuju
dengan pernyataan dengan peratusan sebanyak sebanyak 93.3%.
Dalam pada itu, seramai
25 orang daripada 30 orang responden telah memberikan jawapan “ya” pada pernyataan
“Baja organic merupakan bahan bebas daripada bacteria,lumut dan berkulat dengan
peratusan sebanyak 83.3%. Manakala bilangan responden yang mengatakan “tidak”
pada penyertaan tersebut seramai 5 orang daripada 30 orang responden dan jumlah
sebanyak 16.67% sahaja.
Hasil kajian daripada
kaedah soal selidik mendapati bahawa, peratusan paling tinggi dalam penyertaan
“Baja organic boleh dicampurkan dengan bahan pemusnah tumbuhan untuk
mengekalkan nutrient tumbuhan” sebanyak 100 % . Peratusan tersebut adalah
peratusan bagi kesemua mereka yang tidak bersetuju dengan pernyaatan tersebut
dan didapati tiada responden yang bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Mengikut dari segi
pemerhatian yang dibuat, penggunaan baja organik pada masa kini merupakan
pasaran yang meluas dan berkembang pesat . Hal ini kerana baja organik
mempunyai kebaikan yang lebih berbanding keburukan.Secara tidak langsung , baja
organik dapat mengatasi baja-baja lain termasuk baja kimia. Melalui dua kaedah
yang digunakan iaitu pemerhatian dan juga borang soal selidik, data yang
dikumpulkan menunjukkan hasil yang sama.
Jadual 2: Menunjukkan
Bilangan Responden terhadap Maklumat Keberkesanan Penggunaan Baja Organik bagi
Kesuburan Hasil Pertanian
Pernyataan
|
Bilangan Responden
|
|||
Ya
|
Peratusan
|
Tidak
|
Peratusan
|
|
Penggunaan baja organik lebih menambahkan kebaikan
daripada keburukan
|
15
|
50%
|
15
|
50%
|
Pengawalan alam sekitar dapat menstabilkan
biodiversiti alam sekitar
|
17
|
56.67%
|
13
|
43.3%
|
Baja organik dapat menyelesaikan masalah pengurusan
tanaman
|
25
|
83.33%
|
5
|
16.67%
|
Baja organik memberikan hasil yang baik
|
28
|
93.33%
|
2
|
6.67%
|
Baja organik dapat menjadikan sebagai makanan
tambahan kepada tumbuhan
|
28
|
93.33%
|
2
|
6.67%
|
Baja organik dapat
mengurangkan perbelanjaan yang ditanggung
oleh petani
|
30
|
100%
|
-
|
-
|
Jadual di atas
menunjukkan analisa dapatan kajian
maklumat keberkesanan penggunaan baja organik bagi kesuburan hasil pertanian
dengan menggunakan seramai 30 orang responden yang dipilih secara random untuk
menjawab soalan yang dikemukan kepada mereka.
Berdasarkan kajian yang
dijalankan,seramai 15 orang daripada 30 orang responden bersetuju bahawa
penggunaan baja organic lebih menambahkan kebaikan daripada keburukan dengan
jumlah peratus yang sebanyak 15%. Manakala bilangan responden yang tidak
bersetuju ,seramai 15 orang daripada 30 orang responden dan jumlah peratus bagi
mereka tidak bersetuju ialah 50%.
Bagi pernyataan
seterusnya, didapati seramai 17 orang daripada 30 orang responden bersetuju
bahawa pengawalan alam sekitar dapat menstabilkan biodiversiti alam sekitar
iaitu sebanyak 56.67%. Manakala bilangan responden seramai 13 orang daripada 30
orang responden memberikan jawaban yanag bertentangan iaitu sebanyak 43.3%
Dalam pada itu,
terdapat 2 soalan yang memberikan jawaban yang sama oleh 28 responden ini.
Pernyataan atau soalan pertama adalah baja organic memberikan hasil yang baik.
Penyataan kedua pula ialah baja organic dapat menjadikan sebagai makanan
tambahan kepada tumbuhan. Pada kedua-dua pernyataan tersebut,28 responden
menyatakan”ya” kerana baja organic dapat memberikan hasil yang baik dan juga
dapat menjadikan sebagai makanan tambahan kepada tumbuhan iaitu yang
berjumlahkan sebanyak 93.3%. Manakala 2 orang daripada 3o responden tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Hasil kajian daripada
kaedah soal selidik mendapati bahawa,peratusan paling tinggi dalam pernyataan
“baja organic yang dapat mengurangkan perbelanjaan yang ditanggung oleh petani”
adalah sebanyak 100%. Dan tiada responden yang tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut.
Dari segi pemerhatian
yang di buat, keberkesanan baja organik terhadap pelbagai tanaman telah diuji.
Hasil yang memberangsangkan dapat dilihat pada tanaman ujian seperti tanaman
jagung,pokok kelapa sawit,cili padi dan sebagainya.(Rujuk testimonial atau
lampiran). Berdasarkan maklumat yang diberikan, baja organik tidak memerlukan
bahan lain untuk mengekalkan nutrient tumbuhan kerana baja organik merupakan
sifat semula jadi. Manakala, baja kimia pula memerlukan bahan-bahan kimia untuk
mengekalkan nutrient tumbuhan . Hal ini
menunjukkan kaedah baja organik ini sangat baik dan selamat digunakan
berbanding dengan baja kimia.
RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kesuburan tanaman
bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan
menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya.
Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah
diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh
menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning.
Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh
dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh
pokok.
Struktur tanah yang
baik adalah yang bebas dari bahan kimia. Penggunaan bahan organik adalah amat
digalakkan kerana mesra alam dan dapat mengembalikan mikro-organisma ke dalam
tanah, rantaian pemakanan serangga di dalam tanah akan menyelesaikan banyak
masalah yang berkaitan tanah dengan kaedah semulajadi. Dengan yang demikian
makanan (hasil pertanian) yang dihasilkan berasaskan bahan organik adalah lebih
selamat dan tidak memberikan pencemaran terhadap alam sekitar. Oleh yang
demikian cara pertanian dunia haruslah diubah kearah kaedah mesra alam bagi
menjamin kesihatan masyarakat dunia.
RUJUKAN
.
Kamus Dewan (DBP,2008-2014,EDISI KE-4)
. (Dipetik dari majalah
Wawasan Pertanian Bil. 16/2002).
Gambar
1
Gambar
2
Gambar
3
Gambar
4
Gambar
5
Gambar
6
Gambar
7
Gambar
8
No comments:
Post a Comment